Khamis, 19 Februari 2009

cita-cita iman

= ibadah + khalifah
= mendirikan ad-DEEN + membina TAMADUN
= keTUANan

Rabu, 4 Februari 2009

kelajuan = kesungguhan

formula

"perjalanan sebuah kenderaan" (kelajuan) bergantung kepada 2 harga utama; masa & jarak ...
  • kelajuan = jarak / masa

"perjalanan sebuah kehidupan" (kesungguhan) bergantung kepada 2 harga utama; iman & cita-cita ...
  • kesungguhan = cita-cita / iman
kesimpulannya:
  • kesungguhan = kelajuan
  • cita-cita = jarak
  • iman = masa
teori

sebuah kenderaan hanya akan bergerak apabila ada jarak yang terhasil dalam satu tempoh masa tertentu ...
sebuah kehidupan hanya akan bergerak apabila ada cita-cita yang terhasil dalam satu kepercayaan, keyakinan & keimanan tertentu ...

jaminan bagi sebuah kenderaan mencapai jarak tertentu bergantung kepada satu tempoh masa tertentu ...
jaminan bagi sebuah kehidupan mencapai cita-cita tertentu bergantung kepada satu kepercayaan, keyakinan & keimanan tertentu ...

namun setiap tempoh masa perjalanan sebuah kenderaan itu mestilah dipenuh dengan kepercayaan, keyakinan & keimanan bahawa jarak tersebut pasti akan dicapai ...
namun setiap tempoh masa kehidupan itu mestilah dipenuh dengan kepercayaan, keyakinan & keimanan bahawa cita-cita tersebut pasti akan dicapai ...

kerana itulah tempoh masa itu penting untuk menampung satu jarak agar sebuah kenderaan dapat melakukan perjalanannya (kelajuan) ...
kerana itulah kepercayaan, keyakinan & keimanan itu penting untuk menampung satu cita-cita agar sebuah kehidupan dapat melakukan perjalanannya (kesungguhan) ...

semakin besar harga jarak yang hendak dicapai, maka semakin lebih besar lagi-lah nilai masa yang diperlukan ...
semakin besar harga cita-cita yang hendak dicapai, maka semakin besar lagi-lah nilai kepercayaan, keyakinan & cita-cita yang diperlukan ...


praktikal realiti / realiti praktikal

namun kenderaan itu sudah berjalan menempuhi beberapa jarak ...
namun kehidupan itu sudah berjalan menempuhi beberapa cita-cita ...

maka perlu dipastikan agar setiap jarak yang ditempuhi menghasilkan nilai masa yang berharga ...
maka perlu dipastikan agar setiap cita-cita yang ditempuhi menghasilkan nilai kepercayaan, keyakinan & keimanan yang berharga ...

namun masa telah memenuhi perjalanan sebuah kenderaan ...
namun kepercayaan, keyakinan & keimanan telah memenuhi perjalanan sebuah kehidupan ...

maka perlu dipastikan agar setiap nilai masa yang memenuhi perjalanan sebuah kenderaan menghasilkan satu nilai jarak yang berharga ...
maka perlu dipastikan agar setiap nilai kepercayaan, keyakinan & keimanan yang memenuhi perjalanan sebuah kehidupan menghasilkan satu nilai cita-cita yang berharga ...

agar kenderaan dapat terus berjalan dengan kelajuan yang menakjubkan hingga ke destinasi ...
agar kehidupan dapat terus berjalan dengan kesungguhan yang menakjubkan hingga ke destinasi ...

namun kenderaan sudah berjalan dengan satu kelajuan (yang menakjubkan) ...
namun kehidupan sudah berjalan dengan satu kesungguhan (yang menakjubkan) ...

maka perlu dipastikan agar kelajuan perjalanan kenderaan menghasilkan nilai masa dan jarak yang berharga ...
maka perlu dipastikan agar kesungguhan perjalanan kehidupan menghasilkan nilai kepercayaan, keyakinan & keimanan dan cita-cita yang berharga ...