إنما الأعمال بنيات
وإنما لكل امرئ ما نوى
فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله؛ فهجرته إلى الله ورسوله
ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها؛ فهجرته إلى ماهاجر إليه
"Sesungguhnya KERJA itu bermula dengan NIAT,
dan sesungguhnya setiap orang mendapat apa yang dia NIATkan.
Barangsiapa berHIJRAH hanya kepada Allah dan RasulNya; maka HIJRAHnya kepada Allah dan RasulNya.
Barangsiapa berHIJRAH untuk dunia yang ia inginkan atau wanita yang ingin dinikahinya; maka HIJRAHnya kepada apa yang ia tetapkan."
[Disepakati kesahihannya]

KERJA = jarak x daya (W = dF)
1430 pengalaman hidup sebagai MUKMIN membawa kepada 2009 kenangan kehidupan seorang muslim yang tidak boleh dilupakan begitu sahaja, kerana perjalanan kehidupan masih tetap perlu diteruskan ... atas kehendakNya. KehendakNya terhadap perjalanan kehidupan membawa kepada 1431 beban tanggungjawab Ibadah di samping 2010 HARAPAN & CITA-CITA Khilafah yang perlu diKERJAkan.
1431 beban tanggungjawab Ibadah & 2010 HARAPAN & CITA-CITA Khilafah itu telah pun diNIATkan sekukuh keikhlasan di dalam hati ... lengkap & sempurna rukun-rukun & syarat-syarat wajibnya.
NIAT 1431 Ibadah & 2010 Khilafah tidak ditinggalkan diam begitu sahaja. Ia perlu diKERJAkan untuk mengecapi sebuah kehidupan yang aman, damai, bahagia ... Ia perlu diKERJAkan dengan cara, wasilah, manhaj ... yang pasti mencapai matlamat, visi, misi, tujuan, objektif ... nya. Lalu KEINGINAN 1431 Ibadah & 2010 Khilafah itu dirancang dengan penuh semangat KEAZAMAN membara yang telah disuling dengan penuh kebijaksanaan SMART. Tidak lagi syirik dengan kehendak & jalan hawa nafsu.

Lalu bermulalah 1431 fenomena KESUNGGUHAN menanggung beban tanggungjawab Ibadah me/di-payungi 2010 fenomena KESUNGGUHAN menggapai HARAPAN & CITA-CITA Khilafah.
Sungguha ia adalah satu fenomena yang agung lagi unik.
HIJRAH

Fitrah kebahagian sentiasa menjadi KEINGINAN hidup setiap manusia. Suatu fitrah yang secara sedar mahupun tidak sentiasa menjadi CITA-CITA hidup yang terpahat kukuh dalam hati setiap manusia.
Namun, oleh kerana makna & erti kebahagiaan itu berbeza-beza bagi setiap manusia - sungguhpun sebenarnya ia memiliki satu makna & erti khas yang menyeluruh (شامل) & sempurna (كامل) yang telah ditetapkan oleh Penciptanya -, maka ia telah menyebabkan setiap manusia melafazkan NIAT yang berbeza-beza demi mencapainya.
Sehingga NIAT itu terkesan dalam hatinya, lalu tumbuhlah satu KEHENDAK yang mendorong satu perancangan penuh KEAZAMAN sebagai langkah merealisasikannya. Maka dengan perancangan KEAZAMAN itulah setiap manusia beKERJA dengan KESUNGGUHAN yang mereka perlukan.
...