Isnin, 5 April 2010

Class of Rab

Fitrah seorang manusia sentiasa ingin mencapai ketinggian. Fitrah keegoannya pasti sangat enggan untuk digelar dengan kerendahan, kerana kerendahan menunjukkan kepada kehinaan.

Namun, tanpa dia sedari, reaksi kehidupannya menunjukkan kepada salah satunya dengan berbagai ragam peringkat;


Class Haiwan
Walaupun fitrah dan naluri manusia memerlukan makan dan minum, namun malanglah sekiranya inilah yang menjadi penilaiannya.

وَالَّذِيْنَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُوْنَ وَيَأْكُلُوْنَ كَمَا تَأْكُلُ الأَنْعَامُ

"Dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan (dunia), dan mereka makan seperti haiwan makan."
[Muhammad (47): 12]

Kedai-kedai, restoran-restoran, hotel-hotel, ... yang dikatakan lazat lagi istimewa dikejar-kejar.

Dicari pula forum-forum tentang kedai-kedai, restoran-restoran, hotel-hotel, ... yang dikatakan lazat lagi istimewa.

Dijajakan pula Kedai-kedai, restoran-restoran, hotel-hotel, ... yang dikatakan lazat lagi istimewa itu dalam tulisan-tulisan, iklan-iklan, blog-blog, ... dengan komentar-komentar.

Tak ketinggalan dijadikan pula sebagai carier mencari sesuap rezeki kehidupan.

...


Class Kanak-kanak
Bangun, makan, menyusu, main, buang air, mandi, tidur, ... berulang-ulang. Terkagum-kagum dengan segala benda baru yang dilihat, didengar, dipegang, dirasa, ... hanya mengikut, menyerah diri, akur kepada tangan yang memegangnya. Tiada terlintas langsung tentang kemajuan dan masa depan, hanya menikmati apa yang ada di hadapan mata sahaja.


Class Sekolah Rendah
Belajar, main, belajar, main, belajar, main, ... enjoy ... Darjah 6 je la yang ada cita-cita lebih sikit, 5A UPSR, boleh la dapat apa yang diminta.


Class Sekolah Menengah
Buat grup, menjadi yang paling baik, yang paling macho, yang paling cool, yang paling bijak, yang paling handal, yang paling teror, yang paling gengster, ... cuba segala-galanya.

Mula membina cita-cita, mula ingin berdikari, mula ingin membina jalan dan kehidupan sendiri, ...

Bercita-cita untuk cemerlang PMR dan SPM dengan semua A. Mula bercita-cita untuk masuk universiti ternama, tercanggih, terulung, tertua, ...


Class Universiti
Tercapai cita-cita Sekolah Menengah, kehidupan bebas sendiri tanpa ikatan ibu bapa, bebas berfikir dan bertindak sendiri ...

4 flat, graduate 1st class, anugera cancelor, ... dll. Ketua organisasi A, pengerusi kelab B, naib presiden persatuan C, ... dll.

Ada yang terhenti cita-citanya hanya setakat ini. Tapi ada juga yang masih tidak berpuas hati, cita-cita masih terus digarapi.

Master, PhD, kajian-kajian, projek-projek, tulisan-tulisan, ...


Class Pekerja / Profesional
Pekerja syariat swasta A, atau pekerja jabatan kerajaan B. Gaji pokok 3 - 4 ribu sebulan. Elaun, saguhati, cenderahati, permata hati, cahaya hati, Myvi, Hinda City, semi D, ...

Meningkat lagi; gaji pokok 5 - 6 angka, BMW, A, B C ... Class, Bungalow, swiming pool, ...


Class Specialist
Power sangat la ... riya, takabbur giler, kembang hidung tak sudah ... (fikir sendiri la)


Class Tempatan
Atau istilah lainnya "Jaguh Kampung". Tapi boleh tahan la kalau betul-betul bermanfaat.


Class Nasional
Inilah semagat nasionalisma yang kita mahu. Jadi Perdana Menteri kan bagus.


Class Antarabangsa
Anak tempatan beginilah kualiti yang dimahukan. Bersaing di peringkat Internasional. Membuktikan anak tempatan "Boleh", "Malaysia Boleh". Yeah ...


Class Dunia
"Mawi World" la kot, he he he. Muantop ...


Class Angkasa
Masih tak puas hati tu, panjat pula ke langit, menjejak Bulan, menjejak planet, penjelajahan star-trex, ... Tak terbayang aku ...

(cita-cita aku tak cukup sebesar tu, otak aku tak larat nak menggambarkannya, tapi bukan tak mungkin)


Class Semesta
Dragon Ball ke ape? Luuuuaaaasssszzzz gguuiilleerr


Class Syurga
Waaaah, indahnyer bayangan Syurga. Yang ini mudah la sikit nak dibayangkan, sebab dah ada dalam al-Quran. Nikmat beb. Taman, Istana, Bidadari, makanan n minuman istimewa, lazat, canggih manggih lagi, ... peergh.


Class of Rab
Tapi itu semua belum tamat lagi, ada yang lagi hebat, ada yang lagi tinggi, ada yang lagi besar, ada yang lagi luas, ada yang melebihi segala-galanya.

Cita-cita bertemu Tuhan la paling mantop, paling tinggi, paling agung. Inilah dia cita-cita_agung_hidup. Make it yours la bro...


****

Jadi ada berapa tingkat semenye ek?
  1. Class Haiwan,
  2. Class Kanak-kanak,
  3. Class Sekolah Rendah,
  4. Class Sekolah Menengah,
  5. Class Universiti,
  6. Class Pekerja / Profesional,
  7. Class Spesialist,
  8. Class Tempatan,
  9. Class Nasional,
  10. Class Antarabangsa,
  11. Class Dunia,
  12. Class Angkasa,
  13. Class Semesta,
  14. Class Syurga,
  15. Class of Rab.

Di peringkat mana cita-cita kita?
Jangan memalukan diri sendiri.
Terbang tinggi la Bro ...



[p/s: sori lah, tak larat nak masukkan dalil-dalil al-Quran]