Jumaat, 20 November 2009

penyulingan kehidupan


penyulingan adalah suatu metode pemisahan bahan kimia berdasarkan perbedaan kecepatan atau kemudahan menguap (volatilitas) bahan. Dalam penyulingan, campuran zat dididihkan sehingga menguap, dan uap ini kemudian didinginkan kembali ke dalam bentuk cairan. Zat yang memiliki titik didih lebih rendah akan menguap lebih dulu.
[http://id.wikipedia.org/wiki/Penyulingan]

Pembahasaan & Pengistilahan

Kebanyakan kita bertanyakan tentang cara mengIKLASkan NIAT. Namun kita tersilap faham bahawa IKLAS hanya pada NIAT. Betul NIAT mesti IKHLAS. Cuma tidak betul IKHLAS hanya pada NIAT.

Yang sepatutnya adalah mengIKHLASkan -setiap aktiviti- kehidupan (Setiap pekerjaan, perbuatan, tingkah laku ... Seperti makan, minum, berpakaian, mandi, dll) dan betul antara noktah penting dalam mengIKHLASkan kehidupan adalah dengan mengIKHLASkan NIAT.


IKHLAS dalam Bahasa Melayu bermaksud bersih, suci, solid ... Maka secara istilahnya mengIKHLASkan kehidupan adalah membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya satu unsur dan memisahkannya dari unsur-unsur yang tidak sepatutnya.

Proses membersihkan, menyucikan, mensolidkan ... dan memisahkan satu unsur dari unsur-unsur lain yang tidak diingini disebut sebagai proses PENYULINGAN. Begitulah proses mengIKHLASkan kehidupan ini boleh dapat kita fahami dengan membandingkannya dengan proses PENYULINGAN.


Hipotesis

PENYULINGAN air paip adalah proses membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... unsur air (H2O) dari unsur-unsur lain yang tidak diingini seperti karat, klorin, tanah, pasir, bakteria, dll. Lalu yang terkumpul hanyalah unsur H2O.

PENYULINGAN (baca pengIKHLASan) kehidupan adalah proses membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dari unsur-unsur lain yang tidak diingini seperti SYIRIK, riya, takabbur, bongkak, kehendak keduniaan, kepentingan peribadi, dll. Lalu yang terkumpul hanyalah unsur ALLAH.


Proses

PengIKHLASan (baca PENYULINGAN) kehidupan adalah proses menyandarkannya hanya kepada ALLAH. Proses ini dilakukan dengan mengambil semua Kata Sendi (Bahasa Arab: Harfu al-Jar; حرف الجر) dan menyandarkannya hanya kepada -nama- ALLAH.

1- (من); DARI; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya mendapatkannya dari ALLAH sahaja, dengan hanya mengambilnya dari ALLAH sahaja, dengan hanya perintah dari ALLAH sahaja, dengan hanya ... dari ALLAH sahaja.

2- (عن); TENTANG; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya menceritakan tentang ALLAH sahaja, dengan hanya membicarakan tentang ALLAH sahaja, dengan hanya memberitakan tentang ALLAH sahaja, dengan hanya ... tentang ALLAH sahaja.

3- (على); ATAS / KE ATAS; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya bertawakkal atas / ke atas ALLAH sahaja, dengan penghasilannya hanya atas / ke atas Allah sahaja, dengan hanya menyerahkannya atas / ke atas ALLAH sahaja, dengan hanya ... atas / ke atas ALLAH sahaja.

4- (في); DI / DI DALAM; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya menlaksanakannya Di Jalan ALLAH sahaja, dengan hanya memartabatkan ALLAH sahaja, dengan hanya mengagungkan ALLAH sahaja, dengan hanya ... di / di dalam -Jalan- ALLAH sahaja.

5- (ب); DENGAN; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya menurut cara ALLAH sahaja, dengan hanya menurut kaedah ALLAH sahaja, dengan hanya menurut jalan ALLAH sahaja, dengan hanya menurut ... ALLAH sahaja.

6- (ل); UNTUK; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan hanya untuk ALLAH sahaja, hanya untuk kepentingan ALLAH sahaja, hanya untuk faedah ALLAH sahaja, hanya untuk ... ALLAH sahaja. [Di sinilah datangnya NIAT yang IKHLAS]

7- (ك); SEPERTI; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan seperti yang akan ALLAH laksanakan, sesuai dengan sifat ALLAH, sebagaimana disiplin ALLAH ...

8- (مع); BERSAMA; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan merasakan kebersamaan ALLAH, dengan merasakan muraqabatuLLAH, dengan penuh khusyu', tawadu', bersungguh-sungguh, ...

9- (إلى); KEPADA; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya menujukannya kepada ALLAH sahaja, dengan hanya bermatlamatkan kepada ALLAH sahaja, dengan hanya menjalankannya kepada ALLAH sahaja, dengan hanya ... kepada ALLAH sahaja.

...


Ralat Syirik

Satu cecair yang yang bercampur (baca SYIRIK; lawan kata IKHLAS) akan mengakibatkan RALAT. RALAT akan menyebabkan proses tindakan kimia cecair tersebut tergendala, lambat, lembab, gagal, tersilap, salah ... RALAT akan menyebabkan pengkaji resah, gelisah, geram, bengang, marah, sakit kepala, sakit hati ...

Kehidupan yang SYIRIK (baca bercampur) akan mengakibatkan RALAT. RALAT akan menyebabkan kehidupan (manusia umumnya, kita antara mereka) tergendala, lambat, lembab, gagal, tersilap, salah ... RALAT akan menyebabkan kehidupan tidak aman, tidak selamat, tidak tenteram, tidak selesa, tidak aman, tidak bahagia ...


Keputusan; PengIKHLASan = Penyulingan

Oleh itu cecair itu perlu dibersihkan, disucikan, disolidkan ... dari unsur-unsur lain terlebih dahulu. Setelah itu proses tindakan kimia cecair tersebut akan berjalan lancar, mulus, laju ... dan menjadikan pengkaji riang, gembira, suka, aman, bahagia, tenteram, selesa ...

Begitu juga kehidupan perlu dibersihkan, disucikan, disolidkan ... dari unsur-unsur lain terlebih dahulu. Setelah itu proses (baca aktiviti) kehidupan akan berjalan lancar, mulus, laju ... dan menjadikan manusia (umumnya dan kita antara mereka) hidup riang, gembira, suka, selesa, aman, bahagia, tenteram, selesa ...


Slogan

Setelah kehidupan diSULING (baca diIKHLASkan), kita akan mendapati 5 slogan berikut ini menjadi moto kehidupan kita:

الله غايتنا
الرسول قدوتنا
القرآن دستورنا
الخهاد سبيلنا
الموت في سبيل الله أسما أمانينا


Hanya ALLAH matlamat kami
Hanya Rasul contoh teladan kami
Hanya Al-Quran perlembagaan kami
Hanya Jihad jalan kami
Hanya Mati di Jalan ALLAH cita-cita tertinggi kami

Ahad, 23 Ogos 2009

Ramadhan Track - 1st Stage

Kedatangan Ramadhan membawa 1430 makna bg setiap setiap orang beriman.

Makna paling berharga adalah RahmatNya.


Rahmat Harapan

Kita sentiasa mengharap Rahmat dariNya agar menerima kita yang lemah, yang sentiasa membuat dosa ...
Maka Dia memberi kita Ramadhan.

Kita sentiasa mengharap Rahmat dariNya agar memberi peluang untuk kita beramal lebih banyak, agar Dia memberi peluang untuk kita beramal lebih lama, agar Dia memberi peluang untuk kita beramal lebih smart ...
Maka Dia memberi kita Ramadhan.

Kita sentiasa mengharap Rahmat dariNya agar melipatgandakan ganjaran amal kita, buat sikit dapat banyak ...
Maka Dia memberi kita Ramadhan.

Kita sentiasa mengharap Rahmat dariNya agar memberi peluang hingga masa yang sesuai untuk beramal ...
Maka Dia memberi kita Ramadhan.

Kita sentiasa mengharap Rahmat dariNya agar memberi kita kehidupan yang baik, aman, damai, tenang, bahagia ...
Maka Dia memberi kita Ramadhan.

Kita sentiasa mengharap Rahmat dariNya ...
Maka Dia memberi kita ...


Rahmat Yang Dilupai

Tapi kita lupa dengan sifat Rahmat dalam diri kita,
Tapi kita lupa dengan sifat Rahmat yang Dia bekalkan kepada kita,
Tapi kita lupa dengan sifat Rahmat yang Dia fitrahkan untuk kita,
Tapi kita lupa dengan sifat Rahmat yang Dia suka, sayang, cintakan untuk kita,
Tapi kita lupa dengan ...

Hingga kita lupa untuk bersifat Rahmat dalam tindakan, tingkah laku, adab, tatasusila, budaya, akhlak kita,
Hingga kita lupa untuk memberikan Rahmat kepada semua,
Hingga kita lupa untuk menyebarkan Rahmat kepada semua,
Hingga kita lupa untuk mengajarkan Rahmat kepada semua,
Hingga kita lupa untuk mendidikkan Rahmat kepada semua,
Hingga kita lupa untuk merealisasikan Rahmat dalam kehidupan ini,
Hingga kita lupa ...


Rahmat Impian Semesta

Dunai Rahmat menjadi kepercayaan semua,
Dunai Rahmat menjadi keyakinan semua,
Dunai Rahmat menjadi keimanan semua,

Dunai Rahmat menjadi harapan semua,
Dunia Rahmat menjadi anganan semua,
Dunia Rahmat menjadi mimpian semua,
Dunia Rahmat menjadi igauan semua,
Dunia Rahmat menjadi impian semua,
Dunia Rahmat menjadi cita-cita semua,
Dunai Rahmat menjadi tujuan semua,
Dunai Rahmat menjadi objektif semua,
Dunai Rahmat menjadi visi semua,
Dunai Rahmat menjadi misi semua,
Dunai Rahmat menjadi niat semua,
Dunai Rahmat menjadi zikir semua,
Dunai Rahmat menjadi fikiran semua,
Dunai Rahmat menjadi kerja semua,
Dunai Rahmat menjadi amal semua,

Dunai Rahmat menjadi keinginan semua,
Dunai Rahmat menjadi kemahuan semua,
Dunai Rahmat menjadi kehendak semua,
Dunai Rahmat menjadi keazaman semua,
Dunai Rahmat menjadi tekad semua,
Dunai Rahmat menjadi kesungguhan semua,

Dunai Rahmat ... Dunia Impian ...

[Al-Furqan (25): 63 - 77]

Jumaat, 21 Ogos 2009

Fast and Furious: Ramadhan Track (1430 km/H)

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَاباً، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِهِ

"Siapa berpuasa Ramadhan dengan Keimanan & Harapan, diampunkan baginya dosanya yang lalu."

formula
  • kelajuan = jarak / masa
  • kesungguhan = cita-cita / iman
.:
  • masa = percaya -> yakin -> iman
  • jarak = harapan -> cita-cita -> niat
  • kelajuan = keinginan -> keazaman -> kesungguhan

sandaran - keimanan -

1. Abu Hurairah menyatakan: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-


2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


3. Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud:

"Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu."

- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi-


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

"Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan: Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar)."

Telah berkata Abu Hurairah: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: "Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah?"

Baginda S.A.W bersabda:
"Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (Islam)."

-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi-


5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: "Sesungguhnya aku berpuasa." Demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya, apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya."

-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


... (cari la lagi yang lain tu sendiri ye)


SP - cita-cita -
  1. mendapat RahmatNya,
  2. mendapat KeampunanNya,
  3. mendapat SyurgaNya
...
  1. bertaqwa
...
  1. mengislah diri menjadi muslim,
  2. mendirikan rumah tangga muslim,
  3. membina masyarakat muslim,
  4. melaksanakan perlembagaan Islam,
  5. mendirikan negara Islam,
  6. menjalin kesatuan Islam sejagat,
  7. mengecapi Dunia Impian
...


manis - kesungguhan -

ruh ...
hati ...
akal ...
badan ...

... merindui ...
... menyangi ...
... mencintai ...

... kecapi ketenangan ...
... kecapi kedamaian ...
... kecapi kebahagiaan ...

... di dunia ...
... di akhirat ...

Khamis, 2 April 2009

Operation System (OS)

canggihnya teknologi zaman sekarang. malangnya semuanya ...


... cetak rompak
...

MANUSIA mencipta pelbagai jenis: komputer.
bersamanya manusia mencipta juga: OS.

setiap jenis komputer mesti mempunyai OS tersendiri. komputer jadi tidak berguna, sekerap, sampah ... tanpa OS.

OS komputer tidak boleh cetak rompak. OS cetak rompak akan melambatkan, menyusahkan, merosakkan ... peranan komputer tersebut, yang akan menyebabkan pemilik komputer tersebut resah, gelisah, sakit hati, bengang, tention, menyampah, marah, benci ... lalu tanpa berfikir panjang, tanpa segan silu, tanpa ragu-ragu, ... komputer itu akan diabaikan, ditinggalkan, dicampak, dibuang, dimusnahkan, dihancurkan ...


original ...

ALLAH mencipta; makhluk.
bersamanya Allah mencipta juga: OS.

setiap jenis makhluk mesti mempunyai OS tersendiri. makhluk jadi berguna, bernilai, berharga, bertaraf, berkualiti ... dengan adanya OS.

OS makhluk mesti original. OS original akan melancarkan, melajukan, memudahkan ... peranan makhluk tersebut, yang akan menyebabkan Pemilik makhluk tersebut gembira, suka, senang, sayang, cinta ... lalu tanpa berfikir panjang, tanpa segan silu, tanpa ragu-ragu ... makhluk itu akan diberi perhatian, didekatkan, ditinggikan, dijaga, dipelihara, disayangi, dicintai, disenangkan, dibahagiakan, diamankan ...


OS ...

canggihnya teknologi zaman sekarang, kita boleh memilih OS sendiri ...
  • Windows
  • Mac
  • Linux
  • Sun
  • BSD
  • ...

malangnya kebanyakannya cetak rompak ... cetak rompak akan melambatkan, menyusahkan, merosakkan ... peranan komputer tersebut, yang akan menyebabkan pemilik komputer tersebut resah, gelisah, sakit hati, bengang, tention, menyampah, marah, benci ... lalu tanpa berfikir panjang, tanpa segan silu, tanpa ragu-ragu, ... komputer itu akan diabaikan, ditinggalkan, dicampak, dibuang, dimusnahkan, dihancurkan ...


canggihnya teknologi zaman sekarang, kita boleh memilih OS sendiri ...
  • Islam,
  • Kristian,
  • ...,
  • Majusi,
  • Budha,
  • ...,
  • Sekular,
  • Komunis,
  • Liberal,
  • Atheis,
  • ...
  • Nasionalisma,
  • Patriotisma,
  • ...

harapannya hanya pada yang original ... hanya original yang akan melancarkan, melajukan, memudahkan ... peranan makhluk tersebut, yang akan menyebabkan Pemilik makhluk tersebut gembira, suka, senang, sayang, cinta ... lalu tanpa berfikir panjang, tanpa segan silu, tanpa ragu-ragu ... makhluk itu akan diberi perhatian, didekatkan, ditinggikan, dijaga, dipelihara, disayangi, dicintai, disenangkan, dibahagiakan, diamankan ...


ujikaji ...

mana satu yang original ni?

bukan ke kita belajar sains di sekolah?
bukan ke kita ada buat ujikaji di sekolah?


الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ، رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


"(yaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langi dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sis-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."
[Ali 'Imran (3): 191]

Khamis, 19 Februari 2009

cita-cita iman

= ibadah + khalifah
= mendirikan ad-DEEN + membina TAMADUN
= keTUANan

Rabu, 4 Februari 2009

kelajuan = kesungguhan

formula

"perjalanan sebuah kenderaan" (kelajuan) bergantung kepada 2 harga utama; masa & jarak ...
  • kelajuan = jarak / masa

"perjalanan sebuah kehidupan" (kesungguhan) bergantung kepada 2 harga utama; iman & cita-cita ...
  • kesungguhan = cita-cita / iman
kesimpulannya:
  • kesungguhan = kelajuan
  • cita-cita = jarak
  • iman = masa
teori

sebuah kenderaan hanya akan bergerak apabila ada jarak yang terhasil dalam satu tempoh masa tertentu ...
sebuah kehidupan hanya akan bergerak apabila ada cita-cita yang terhasil dalam satu kepercayaan, keyakinan & keimanan tertentu ...

jaminan bagi sebuah kenderaan mencapai jarak tertentu bergantung kepada satu tempoh masa tertentu ...
jaminan bagi sebuah kehidupan mencapai cita-cita tertentu bergantung kepada satu kepercayaan, keyakinan & keimanan tertentu ...

namun setiap tempoh masa perjalanan sebuah kenderaan itu mestilah dipenuh dengan kepercayaan, keyakinan & keimanan bahawa jarak tersebut pasti akan dicapai ...
namun setiap tempoh masa kehidupan itu mestilah dipenuh dengan kepercayaan, keyakinan & keimanan bahawa cita-cita tersebut pasti akan dicapai ...

kerana itulah tempoh masa itu penting untuk menampung satu jarak agar sebuah kenderaan dapat melakukan perjalanannya (kelajuan) ...
kerana itulah kepercayaan, keyakinan & keimanan itu penting untuk menampung satu cita-cita agar sebuah kehidupan dapat melakukan perjalanannya (kesungguhan) ...

semakin besar harga jarak yang hendak dicapai, maka semakin lebih besar lagi-lah nilai masa yang diperlukan ...
semakin besar harga cita-cita yang hendak dicapai, maka semakin besar lagi-lah nilai kepercayaan, keyakinan & cita-cita yang diperlukan ...


praktikal realiti / realiti praktikal

namun kenderaan itu sudah berjalan menempuhi beberapa jarak ...
namun kehidupan itu sudah berjalan menempuhi beberapa cita-cita ...

maka perlu dipastikan agar setiap jarak yang ditempuhi menghasilkan nilai masa yang berharga ...
maka perlu dipastikan agar setiap cita-cita yang ditempuhi menghasilkan nilai kepercayaan, keyakinan & keimanan yang berharga ...

namun masa telah memenuhi perjalanan sebuah kenderaan ...
namun kepercayaan, keyakinan & keimanan telah memenuhi perjalanan sebuah kehidupan ...

maka perlu dipastikan agar setiap nilai masa yang memenuhi perjalanan sebuah kenderaan menghasilkan satu nilai jarak yang berharga ...
maka perlu dipastikan agar setiap nilai kepercayaan, keyakinan & keimanan yang memenuhi perjalanan sebuah kehidupan menghasilkan satu nilai cita-cita yang berharga ...

agar kenderaan dapat terus berjalan dengan kelajuan yang menakjubkan hingga ke destinasi ...
agar kehidupan dapat terus berjalan dengan kesungguhan yang menakjubkan hingga ke destinasi ...

namun kenderaan sudah berjalan dengan satu kelajuan (yang menakjubkan) ...
namun kehidupan sudah berjalan dengan satu kesungguhan (yang menakjubkan) ...

maka perlu dipastikan agar kelajuan perjalanan kenderaan menghasilkan nilai masa dan jarak yang berharga ...
maka perlu dipastikan agar kesungguhan perjalanan kehidupan menghasilkan nilai kepercayaan, keyakinan & keimanan dan cita-cita yang berharga ...