Jumaat, 20 November 2009

penyulingan kehidupan


penyulingan adalah suatu metode pemisahan bahan kimia berdasarkan perbedaan kecepatan atau kemudahan menguap (volatilitas) bahan. Dalam penyulingan, campuran zat dididihkan sehingga menguap, dan uap ini kemudian didinginkan kembali ke dalam bentuk cairan. Zat yang memiliki titik didih lebih rendah akan menguap lebih dulu.
[http://id.wikipedia.org/wiki/Penyulingan]

Pembahasaan & Pengistilahan

Kebanyakan kita bertanyakan tentang cara mengIKLASkan NIAT. Namun kita tersilap faham bahawa IKLAS hanya pada NIAT. Betul NIAT mesti IKHLAS. Cuma tidak betul IKHLAS hanya pada NIAT.

Yang sepatutnya adalah mengIKHLASkan -setiap aktiviti- kehidupan (Setiap pekerjaan, perbuatan, tingkah laku ... Seperti makan, minum, berpakaian, mandi, dll) dan betul antara noktah penting dalam mengIKHLASkan kehidupan adalah dengan mengIKHLASkan NIAT.


IKHLAS dalam Bahasa Melayu bermaksud bersih, suci, solid ... Maka secara istilahnya mengIKHLASkan kehidupan adalah membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya satu unsur dan memisahkannya dari unsur-unsur yang tidak sepatutnya.

Proses membersihkan, menyucikan, mensolidkan ... dan memisahkan satu unsur dari unsur-unsur lain yang tidak diingini disebut sebagai proses PENYULINGAN. Begitulah proses mengIKHLASkan kehidupan ini boleh dapat kita fahami dengan membandingkannya dengan proses PENYULINGAN.


Hipotesis

PENYULINGAN air paip adalah proses membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... unsur air (H2O) dari unsur-unsur lain yang tidak diingini seperti karat, klorin, tanah, pasir, bakteria, dll. Lalu yang terkumpul hanyalah unsur H2O.

PENYULINGAN (baca pengIKHLASan) kehidupan adalah proses membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dari unsur-unsur lain yang tidak diingini seperti SYIRIK, riya, takabbur, bongkak, kehendak keduniaan, kepentingan peribadi, dll. Lalu yang terkumpul hanyalah unsur ALLAH.


Proses

PengIKHLASan (baca PENYULINGAN) kehidupan adalah proses menyandarkannya hanya kepada ALLAH. Proses ini dilakukan dengan mengambil semua Kata Sendi (Bahasa Arab: Harfu al-Jar; حرف الجر) dan menyandarkannya hanya kepada -nama- ALLAH.

1- (من); DARI; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya mendapatkannya dari ALLAH sahaja, dengan hanya mengambilnya dari ALLAH sahaja, dengan hanya perintah dari ALLAH sahaja, dengan hanya ... dari ALLAH sahaja.

2- (عن); TENTANG; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya menceritakan tentang ALLAH sahaja, dengan hanya membicarakan tentang ALLAH sahaja, dengan hanya memberitakan tentang ALLAH sahaja, dengan hanya ... tentang ALLAH sahaja.

3- (على); ATAS / KE ATAS; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya bertawakkal atas / ke atas ALLAH sahaja, dengan penghasilannya hanya atas / ke atas Allah sahaja, dengan hanya menyerahkannya atas / ke atas ALLAH sahaja, dengan hanya ... atas / ke atas ALLAH sahaja.

4- (في); DI / DI DALAM; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya menlaksanakannya Di Jalan ALLAH sahaja, dengan hanya memartabatkan ALLAH sahaja, dengan hanya mengagungkan ALLAH sahaja, dengan hanya ... di / di dalam -Jalan- ALLAH sahaja.

5- (ب); DENGAN; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya menurut cara ALLAH sahaja, dengan hanya menurut kaedah ALLAH sahaja, dengan hanya menurut jalan ALLAH sahaja, dengan hanya menurut ... ALLAH sahaja.

6- (ل); UNTUK; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan hanya untuk ALLAH sahaja, hanya untuk kepentingan ALLAH sahaja, hanya untuk faedah ALLAH sahaja, hanya untuk ... ALLAH sahaja. [Di sinilah datangnya NIAT yang IKHLAS]

7- (ك); SEPERTI; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan seperti yang akan ALLAH laksanakan, sesuai dengan sifat ALLAH, sebagaimana disiplin ALLAH ...

8- (مع); BERSAMA; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan merasakan kebersamaan ALLAH, dengan merasakan muraqabatuLLAH, dengan penuh khusyu', tawadu', bersungguh-sungguh, ...

9- (إلى); KEPADA; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya menujukannya kepada ALLAH sahaja, dengan hanya bermatlamatkan kepada ALLAH sahaja, dengan hanya menjalankannya kepada ALLAH sahaja, dengan hanya ... kepada ALLAH sahaja.

...


Ralat Syirik

Satu cecair yang yang bercampur (baca SYIRIK; lawan kata IKHLAS) akan mengakibatkan RALAT. RALAT akan menyebabkan proses tindakan kimia cecair tersebut tergendala, lambat, lembab, gagal, tersilap, salah ... RALAT akan menyebabkan pengkaji resah, gelisah, geram, bengang, marah, sakit kepala, sakit hati ...

Kehidupan yang SYIRIK (baca bercampur) akan mengakibatkan RALAT. RALAT akan menyebabkan kehidupan (manusia umumnya, kita antara mereka) tergendala, lambat, lembab, gagal, tersilap, salah ... RALAT akan menyebabkan kehidupan tidak aman, tidak selamat, tidak tenteram, tidak selesa, tidak aman, tidak bahagia ...


Keputusan; PengIKHLASan = Penyulingan

Oleh itu cecair itu perlu dibersihkan, disucikan, disolidkan ... dari unsur-unsur lain terlebih dahulu. Setelah itu proses tindakan kimia cecair tersebut akan berjalan lancar, mulus, laju ... dan menjadikan pengkaji riang, gembira, suka, aman, bahagia, tenteram, selesa ...

Begitu juga kehidupan perlu dibersihkan, disucikan, disolidkan ... dari unsur-unsur lain terlebih dahulu. Setelah itu proses (baca aktiviti) kehidupan akan berjalan lancar, mulus, laju ... dan menjadikan manusia (umumnya dan kita antara mereka) hidup riang, gembira, suka, selesa, aman, bahagia, tenteram, selesa ...


Slogan

Setelah kehidupan diSULING (baca diIKHLASkan), kita akan mendapati 5 slogan berikut ini menjadi moto kehidupan kita:

الله غايتنا
الرسول قدوتنا
القرآن دستورنا
الخهاد سبيلنا
الموت في سبيل الله أسما أمانينا


Hanya ALLAH matlamat kami
Hanya Rasul contoh teladan kami
Hanya Al-Quran perlembagaan kami
Hanya Jihad jalan kami
Hanya Mati di Jalan ALLAH cita-cita tertinggi kami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan