Ahad, 7 Mac 2010

penyulingan kehidupan (II; antara RELA dan PAKSA)

  • Bagaimana SULINGAN (KEIKHLASAN) dinilai?
  • Adakah SULINGAN itu hanya dengan RELA?
  • Atau adakah suatu amal itu bernilai SULINGAN jika dilakukan secara terPAKSA?


Bahan Penyulingan

Pada satu malam yang sangat gelap lagi dingin dalam Peperangan Khandak, Rasulullah s.aw. telah meminta seorang dari kalangan para Sahabat untuk meninjau keadaan perkhemahan Tentera Ahzab. Namun tidak seorang pun dari mereka menyahut permintaan Baginda itu kerana keletihan dan bahayanya kerja tersebut. Lalu Baginda pun memanggil seorang Sahabatnya dan meMAKSAnya (menyuruhya) pergi. Setelah Baginda mendoakannya, Sahabat tersebut pun pergi dengan terPAKSA.

[Sirah Rasulullah s.a.w; rujuk la mane-mane pun, ade je insya Allah]


Pemurnian PAKSA

'AMAL (KERJA) tetap bernilai SULINGAN walaupun dengan PAKSA, bahkan ia adalah bukti yang benar terhadap SULINGAN 'AMAL.

Hanya sahaja kitaran PENYULINGAN kemungkinan menghadapi beberapa masalah;
  • 'AMIL bekerja dalam keadaan tertekan,
  • 'AMAL yang dilakukan kurang berkualiti,
  • Hasil 'AMAL yang didapati kurang memuaskan
  • ...
Namun ALLAH tidak melihat kepada hasil 'AMAL SULINGAN, tetapi Dia hanya melihat proses 'AMALi tersebut.

Namun, keadaan ini tidak boleh berterusan. Setiap pihak perlu berperanan;
  1. Pihak Pertama ('AMIL); perlu mencari bahan sokongan agar terus bertenaga untuk ber'AMAL,
  2. Pihak Kedua ('AMIR / Penyuruh); perlu mencari jalan berhikmah agar 'AMIL boleh menerima dengan RELA 'AMAL tersebut,
  3. Pihak Ketiga (Rakan); perlu mencari peluang takaful agar 'AMIL mendapat sokongan,
  4. Pihak Keempat (...); ...
  5. ...

CELAKALAH bagi Pihak Kedua jika membiarkan keadaan PAKSA berterusan, kerana hati manusia mudah bebolak-balik ... Ingat rukun Tafahum ... bantulah saudaramu ber'AMAL dengan riang, gembira, suka, aman, bahagia, tenteram, selesa ...


Penyulingan RELA

BERHATI-HATILAH jika PENYULINGAN berlaku secara RELA. Kerana kemungkinan 'AMAL yang dilakukan berCAMPUR (SYIRIK) dengan kehendak hawa nafsu. Ini menyebabkan PENYULINGAN tidak sempurna kerana 'AMAL dan hasilnya mengalami RALAT.

NIAT perlu sentiasa diperbaharui. Boleh untuk mendapat manfaat sampingan. Tetapi AWLAWIYAT (KEUTAMAAN) perlu disusun rapi.

...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan