Selasa, 14 September 2010

3D kehidupan

formula asas

"luas sebuah ruang 3D" (isipadu / volume) berasaskan kepada 3 rukun utamanya; lebar, panjang & tinggi ...
  • isipadu = lebar x panjang x tinggi = cubic = 3D

"luas sebuah kehidupan" juga berasaskan kepada 3 rukun utamanya; jam, usia, cita-cita ...
  • kehidupan = jam x usia x cita-cita = cubic = 3D


logik matematik
  • isipadu = kehidupan
  • lebar = jam
  • panjang = usia
  • tinggi = cita-cita


http://ms.wikipedia.org/wiki/Isi_padu

teori

kita dapat mengukur isipadu sebuah 3D dengan mendapatkan ukuran setiap rukun 3D tersebut ...
kita juga dapat mengukur isipadu sebuah kehidupan dengan mendapatkan ukuran setiap rukun kehidupan tersebut ...

ukuran setiap rukun 3D adalah bergantung kepada saiz 3D tersebut ...
ukuran setiap rukun kehidupan juga bergantung kepada saiz kehidupan seseorang ...


praktikal realiti / realiti praktikal

sebuah binaan 3D bergantung kepada ukuran rukun-rukunnya ... semakin besar nilai ukuran rukun-rukunnya, maka semakin besarlah binaan 3D tersebut ...
sebuah binaan kehidupan bergantung kepada ukuran rukun-rukunnya ... semakin besar nilai ukuran rukun-rukunnya, maka semakin besarlah binaan kehidupan seseorang ...

binaan 3D terhad ukuran dan saiznya seluas ukuran dan saiz alam semesta ini ...
binaan kehidupan juga terhad ukuran dan saiznya selebar masa dalam sehari (jam), sepanjang usia yang ditentukan bagi setiap manusia, dan setinggi cita-cita yang dibina oleh seseorang ...

namun binaan 3D tidak dinilai dengan ukuran, saiz & bentuk / rupanya sahaja, tetapi binaan 3D dinilai dengan bahan yang mengisi setiap mm ruang binaan 3D tersebut, sehingga bahan itu nanti yang akan menentukan ukuran, saiz & bentuk / rupanya ...
namun binaan kehidupan tidak dinilai dengan ukuran, saiz & bentuk / rupanya sahaja, tetapi binaan kehidupan dinilai dengan bahan (ibadah) yang mengisi setiap detik ruang binaan kehidupan tersebut, sehingga bahan (ibadah) itu nanti yang akan menentukan ukuran, saiz & bentuk / rupanya ...

maka perlu dipastikan agar setiap bahan binaan 3D tersebut bermutu tinggi, agar binaan tersebut kuat, kukuh, teguh ... dan cantik, indah, sempurna ... agar binaan 3D tersebutlayak mendapat anugerah yang diidam-idamkan ...
maka perlu dipastikan agar setiap bahan (ibadah) binaan kehidupan tersebut bermutu tinggi, agar binaan kehidupan tersebut kuat, kukuh, teguh ... dan cantik, indah, sempurna ... agar binaan kehidupan kita layak mendapat anugerah (Syurga, Rahmat & RedhaNya) yang diidam-idamkan ...


OS Khilafah

lebar binaan kehidupan kita yang bernilai 24 jam itu perlu mengikut dipelajari, dikaji, dirancang, direncana, disusun, diatur, ... dengan kitaran_hidup RABBANI yang telah Pencipta tetapkan ...

panjang binaan kehidupan kita yang bernilai sekitar 60 tahun itu perludipelajari, dikaji, dirancang, direncana, disusun, diatur, ... dengan kitaran_hidup RABBANI yang telah Pencipta tetapkan ...

tinggi binaan kehidupan kita yang bernilai 7 MA itu perlu dipelajari, dikaji, dirancang, direncana, disusun, diatur, ... dengan kitaran_hidup RABBANI yang telah Pencipta tetapkan ...

agar binaan kehidupan kita mendapat ukuran, saiz & bentuk / rupa 3D RABBANI ...
agar binaan kehidupan kita itu kuat, kukuh, teguh ... dan cantik, indah, sempurna ... menurut penilaian 3D RABBANI ...

agar anugerah anugerah (Syurga, Rahmat & RedhaNya) yang diidam-idamkan pasti di dalam genggaman tangan kita ...

قد أفلح المؤمنون


kehidupan 3D

jangan hanya kita jakun dengan teknologi videografi 3D sahaja ...
jangan hanya kita jakun dengan teknologi gamegrafi 3D sahaja ...
jangan hanya kita jakun dengan teknologi filemgrafi 3D sahaja ...
jangan hanya kita jakun dengan teknologi programgrafi 3D sahaja ...

juga jangan hanya kita bersungguh-sungguh dalam seni video 3D sahaja ...
juga jangan hanya kita bersungguh-sungguh dalam seni game 3D sahaja ...
juga jangan hanya kita bersungguh-sungguh dalam seni filem 3D sahaja ...
juga jangan hanya kita bersungguh-sungguh dalam seni program 3D sahaja ...

tp bersungguh-sungguhlah dalam seni kehidupan 3D kita ...
tp bersungguh-sungguhlah dalam seni OS Khilafah 3D kita ...

Isnin, 5 April 2010

Class of Rab

Fitrah seorang manusia sentiasa ingin mencapai ketinggian. Fitrah keegoannya pasti sangat enggan untuk digelar dengan kerendahan, kerana kerendahan menunjukkan kepada kehinaan.

Namun, tanpa dia sedari, reaksi kehidupannya menunjukkan kepada salah satunya dengan berbagai ragam peringkat;


Class Haiwan
Walaupun fitrah dan naluri manusia memerlukan makan dan minum, namun malanglah sekiranya inilah yang menjadi penilaiannya.

وَالَّذِيْنَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُوْنَ وَيَأْكُلُوْنَ كَمَا تَأْكُلُ الأَنْعَامُ

"Dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan (dunia), dan mereka makan seperti haiwan makan."
[Muhammad (47): 12]

Kedai-kedai, restoran-restoran, hotel-hotel, ... yang dikatakan lazat lagi istimewa dikejar-kejar.

Dicari pula forum-forum tentang kedai-kedai, restoran-restoran, hotel-hotel, ... yang dikatakan lazat lagi istimewa.

Dijajakan pula Kedai-kedai, restoran-restoran, hotel-hotel, ... yang dikatakan lazat lagi istimewa itu dalam tulisan-tulisan, iklan-iklan, blog-blog, ... dengan komentar-komentar.

Tak ketinggalan dijadikan pula sebagai carier mencari sesuap rezeki kehidupan.

...


Class Kanak-kanak
Bangun, makan, menyusu, main, buang air, mandi, tidur, ... berulang-ulang. Terkagum-kagum dengan segala benda baru yang dilihat, didengar, dipegang, dirasa, ... hanya mengikut, menyerah diri, akur kepada tangan yang memegangnya. Tiada terlintas langsung tentang kemajuan dan masa depan, hanya menikmati apa yang ada di hadapan mata sahaja.


Class Sekolah Rendah
Belajar, main, belajar, main, belajar, main, ... enjoy ... Darjah 6 je la yang ada cita-cita lebih sikit, 5A UPSR, boleh la dapat apa yang diminta.


Class Sekolah Menengah
Buat grup, menjadi yang paling baik, yang paling macho, yang paling cool, yang paling bijak, yang paling handal, yang paling teror, yang paling gengster, ... cuba segala-galanya.

Mula membina cita-cita, mula ingin berdikari, mula ingin membina jalan dan kehidupan sendiri, ...

Bercita-cita untuk cemerlang PMR dan SPM dengan semua A. Mula bercita-cita untuk masuk universiti ternama, tercanggih, terulung, tertua, ...


Class Universiti
Tercapai cita-cita Sekolah Menengah, kehidupan bebas sendiri tanpa ikatan ibu bapa, bebas berfikir dan bertindak sendiri ...

4 flat, graduate 1st class, anugera cancelor, ... dll. Ketua organisasi A, pengerusi kelab B, naib presiden persatuan C, ... dll.

Ada yang terhenti cita-citanya hanya setakat ini. Tapi ada juga yang masih tidak berpuas hati, cita-cita masih terus digarapi.

Master, PhD, kajian-kajian, projek-projek, tulisan-tulisan, ...


Class Pekerja / Profesional
Pekerja syariat swasta A, atau pekerja jabatan kerajaan B. Gaji pokok 3 - 4 ribu sebulan. Elaun, saguhati, cenderahati, permata hati, cahaya hati, Myvi, Hinda City, semi D, ...

Meningkat lagi; gaji pokok 5 - 6 angka, BMW, A, B C ... Class, Bungalow, swiming pool, ...


Class Specialist
Power sangat la ... riya, takabbur giler, kembang hidung tak sudah ... (fikir sendiri la)


Class Tempatan
Atau istilah lainnya "Jaguh Kampung". Tapi boleh tahan la kalau betul-betul bermanfaat.


Class Nasional
Inilah semagat nasionalisma yang kita mahu. Jadi Perdana Menteri kan bagus.


Class Antarabangsa
Anak tempatan beginilah kualiti yang dimahukan. Bersaing di peringkat Internasional. Membuktikan anak tempatan "Boleh", "Malaysia Boleh". Yeah ...


Class Dunia
"Mawi World" la kot, he he he. Muantop ...


Class Angkasa
Masih tak puas hati tu, panjat pula ke langit, menjejak Bulan, menjejak planet, penjelajahan star-trex, ... Tak terbayang aku ...

(cita-cita aku tak cukup sebesar tu, otak aku tak larat nak menggambarkannya, tapi bukan tak mungkin)


Class Semesta
Dragon Ball ke ape? Luuuuaaaasssszzzz gguuiilleerr


Class Syurga
Waaaah, indahnyer bayangan Syurga. Yang ini mudah la sikit nak dibayangkan, sebab dah ada dalam al-Quran. Nikmat beb. Taman, Istana, Bidadari, makanan n minuman istimewa, lazat, canggih manggih lagi, ... peergh.


Class of Rab
Tapi itu semua belum tamat lagi, ada yang lagi hebat, ada yang lagi tinggi, ada yang lagi besar, ada yang lagi luas, ada yang melebihi segala-galanya.

Cita-cita bertemu Tuhan la paling mantop, paling tinggi, paling agung. Inilah dia cita-cita_agung_hidup. Make it yours la bro...


****

Jadi ada berapa tingkat semenye ek?
  1. Class Haiwan,
  2. Class Kanak-kanak,
  3. Class Sekolah Rendah,
  4. Class Sekolah Menengah,
  5. Class Universiti,
  6. Class Pekerja / Profesional,
  7. Class Spesialist,
  8. Class Tempatan,
  9. Class Nasional,
  10. Class Antarabangsa,
  11. Class Dunia,
  12. Class Angkasa,
  13. Class Semesta,
  14. Class Syurga,
  15. Class of Rab.

Di peringkat mana cita-cita kita?
Jangan memalukan diri sendiri.
Terbang tinggi la Bro ...



[p/s: sori lah, tak larat nak masukkan dalil-dalil al-Quran]

Isnin, 29 Mac 2010

اللهم إنا نستخيرك

Syarat perjalanan hidup muslim mesti merangkumi perkara-perkara berikut:
  1. Mengenali dan memahami realiti suasana sekitar lingkungan kehidupannya,
  2. Perancangan dan perencanaan; jangka masa pendek dan panjang,
  3. Istisyar dan musyawarah; perbincangan dan perkongsian, pandangan dan pendapat, ideal teori dan praktikal pengalaman,
  4. Istikharah; memohon dan meminta, penyerahan dan tawakkal, redha dan hikmah,
  5. Jihad ...

Quwwah-Dha'fah-Fursah-Tahdiyyah

Untuk merealisasikan cita-cita_agung_hidupnya, muslim itu perlu mengenali, memahami dan menghayati realiti suasana sekitar lingkungan kehidupannya.
  • Keluarga: kecil dan besar; suami-isteri dan anak-anak, mak ayah, mertua dan saudara mara kedua-dua pihak, ...
  • Tempat tinggal: jiran-jiran, surau / masjid, JK penduduk, ...
  • Tempat kerja: rakan-rakan sejawatan, rakan-rakan bawahan, rakan-rakan atasan, rakan-rakan pelanggan, rakan-rakan saingan, rakan-rakan syarikat pekerjaan, rakan-rakan restoran, ...
  • Tempat belajar: rakan-rakan sebilik, rakan-rakan sehostel, rakan-rakan hostel jiran, fellow, ... rakan-rakan kelas, rakan-rakan kuliah, rakan-rakan fakulti, rakan-rakan kohai, rakan-rakan sempai, rakan-rakan universiti, ... para pengajar, para pekerja pengurusan, para pekerja kasar, ...
  • ...: ...
Semua itu perlu melalui ta'aruf, tafahum, takaful ...


SMART Maratib Amal

Setiap lingkungan kehidupan perlu mempunyai SMART Maratib Amal; jangka masa pendek, dan jangka masa panjang. Sehingga cita-cita_agung_hidupnya tercapai, walaupun mungkin bukan dalam lingkungan usia hidupnya ...


Istisyar dan Musyawarah

Tidak semestinya hanya dengan orang-orang penting. Tiada salahnya melakukannya dengan orang-orang sampingan. Hanya sekadar untuk mendengar pandangan dan pendapat mereka.

Kerana diri muslim itu sendiri yang membuat penilaian; berdasarkan;
  • Ilmu akal yang sihat,
  • Iman hati yang suling,
  • ketenangan perasaan yang taqwa,
  • kemahiran jasad yang cergas,
  • ...

Istikharah

Cita-cita_agung_hidup muslim itu bukanlah sesuatu bernilai ananiyah insaniyah (keakuan manusia), bahkan ia bernilai TA'ABBUDIYAH RABBANIYAH (keta'atan ketuhanan), yang paling kurang memerlukan jiwa yang dibersih, melalui taqarrub (pendekatan) diri yang syar'ie. Bermula dengan wajibat (ibadah-ibadah wajib) dan dihiasi dengan yang nawafil (ibadah-ibadah sunat).

اللهم إنا نستخيرك
ونستقدرك
ونسألك من فضلك العظيم
إنك تقدر ولا أقدر
وتعلم ما في نفسي ولا أعلم ما في نفسك
إنك أنت علام الغيوب

اللهم إن كنت تعلم أن الأمور خير لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري، عاجله وآجله
فاقدرها لي ويسرها لي ثم بارك لي فيها

اللهم إن كنت تعلم أن الأمور شر لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري، عاجله وآجله
فاصرفها عني واصرفني عنها

اللهم اقدر لن الخير حيث كان ثم رضني به


اللهم إنا نسألك من خير ما سألك منه نبيك محمد -ص
ونعوذ بك من شر ما استعاذ منه نبيك محمد -ص

اللهم امنن علينا منة تقربنا إليك
اللهم امنن علينا منة لأجلك
اللهم امنن علينا منة تقربنا إليك


Ya Allah, janganlah Engkau sibukkan hati kami dari urusan ini dengan perkara-perkara yang melambatkannya

Ya Allah, tenangkanlah hati kami dengan urusan ini dari perkara-perkara yang melambatkannya


Jihad

bersungguh-sungguhlah ...
dan tawakkallah ...


wallahu a'lam

Ahad, 7 Mac 2010

penyulingan kehidupan (II; antara RELA dan PAKSA)

  • Bagaimana SULINGAN (KEIKHLASAN) dinilai?
  • Adakah SULINGAN itu hanya dengan RELA?
  • Atau adakah suatu amal itu bernilai SULINGAN jika dilakukan secara terPAKSA?


Bahan Penyulingan

Pada satu malam yang sangat gelap lagi dingin dalam Peperangan Khandak, Rasulullah s.aw. telah meminta seorang dari kalangan para Sahabat untuk meninjau keadaan perkhemahan Tentera Ahzab. Namun tidak seorang pun dari mereka menyahut permintaan Baginda itu kerana keletihan dan bahayanya kerja tersebut. Lalu Baginda pun memanggil seorang Sahabatnya dan meMAKSAnya (menyuruhya) pergi. Setelah Baginda mendoakannya, Sahabat tersebut pun pergi dengan terPAKSA.

[Sirah Rasulullah s.a.w; rujuk la mane-mane pun, ade je insya Allah]


Pemurnian PAKSA

'AMAL (KERJA) tetap bernilai SULINGAN walaupun dengan PAKSA, bahkan ia adalah bukti yang benar terhadap SULINGAN 'AMAL.

Hanya sahaja kitaran PENYULINGAN kemungkinan menghadapi beberapa masalah;
  • 'AMIL bekerja dalam keadaan tertekan,
  • 'AMAL yang dilakukan kurang berkualiti,
  • Hasil 'AMAL yang didapati kurang memuaskan
  • ...
Namun ALLAH tidak melihat kepada hasil 'AMAL SULINGAN, tetapi Dia hanya melihat proses 'AMALi tersebut.

Namun, keadaan ini tidak boleh berterusan. Setiap pihak perlu berperanan;
  1. Pihak Pertama ('AMIL); perlu mencari bahan sokongan agar terus bertenaga untuk ber'AMAL,
  2. Pihak Kedua ('AMIR / Penyuruh); perlu mencari jalan berhikmah agar 'AMIL boleh menerima dengan RELA 'AMAL tersebut,
  3. Pihak Ketiga (Rakan); perlu mencari peluang takaful agar 'AMIL mendapat sokongan,
  4. Pihak Keempat (...); ...
  5. ...

CELAKALAH bagi Pihak Kedua jika membiarkan keadaan PAKSA berterusan, kerana hati manusia mudah bebolak-balik ... Ingat rukun Tafahum ... bantulah saudaramu ber'AMAL dengan riang, gembira, suka, aman, bahagia, tenteram, selesa ...


Penyulingan RELA

BERHATI-HATILAH jika PENYULINGAN berlaku secara RELA. Kerana kemungkinan 'AMAL yang dilakukan berCAMPUR (SYIRIK) dengan kehendak hawa nafsu. Ini menyebabkan PENYULINGAN tidak sempurna kerana 'AMAL dan hasilnya mengalami RALAT.

NIAT perlu sentiasa diperbaharui. Boleh untuk mendapat manfaat sampingan. Tetapi AWLAWIYAT (KEUTAMAAN) perlu disusun rapi.

...

Isnin, 11 Januari 2010

kelajuan 1431 km/H = 2010 kM/h

إنما الأعمال بنيات
وإنما لكل امرئ ما نوى
فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله؛ فهجرته إلى الله ورسوله
ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها؛ فهجرته إلى ماهاجر إليه


"Sesungguhnya KERJA itu bermula dengan NIAT,
dan sesungguhnya setiap orang mendapat apa yang dia NIATkan.
Barangsiapa berHIJRAH hanya kepada Allah dan RasulNya; maka HIJRAHnya kepada Allah dan RasulNya.
Barangsiapa berHIJRAH untuk dunia yang ia inginkan atau wanita yang ingin dinikahinya; maka HIJRAHnya kepada apa yang ia tetapkan."

[Disepakati kesahihannya]


KERJA = jarak x daya (W = dF)

1430 pengalaman hidup sebagai MUKMIN membawa kepada 2009 kenangan kehidupan seorang muslim yang tidak boleh dilupakan begitu sahaja, kerana perjalanan kehidupan masih tetap perlu diteruskan ... atas kehendakNya. KehendakNya terhadap perjalanan kehidupan membawa kepada 1431 beban tanggungjawab Ibadah di samping 2010 HARAPAN & CITA-CITA Khilafah yang perlu diKERJAkan.

1431 beban tanggungjawab Ibadah & 2010 HARAPAN & CITA-CITA Khilafah itu telah pun diNIATkan sekukuh keikhlasan di dalam hati ... lengkap & sempurna rukun-rukun & syarat-syarat wajibnya.

NIAT 1431 Ibadah & 2010 Khilafah tidak ditinggalkan diam begitu sahaja. Ia perlu diKERJAkan untuk mengecapi sebuah kehidupan yang aman, damai, bahagia ... Ia perlu diKERJAkan dengan cara, wasilah, manhaj ... yang pasti mencapai matlamat, visi, misi, tujuan, objektif ... nya. Lalu KEINGINAN 1431 Ibadah & 2010 Khilafah itu dirancang dengan penuh semangat KEAZAMAN membara yang telah disuling dengan penuh kebijaksanaan SMART. Tidak lagi syirik dengan kehendak & jalan hawa nafsu.

Lalu bermulalah 1431 fenomena KESUNGGUHAN menanggung beban tanggungjawab Ibadah me/di-payungi 2010 fenomena KESUNGGUHAN menggapai HARAPAN & CITA-CITA Khilafah.

Sungguha ia adalah satu fenomena yang agung lagi unik.


HIJRAH

Fitrah kebahagian sentiasa menjadi KEINGINAN hidup setiap manusia. Suatu fitrah yang secara sedar mahupun tidak sentiasa menjadi CITA-CITA hidup yang terpahat kukuh dalam hati setiap manusia.

Namun, oleh kerana makna & erti kebahagiaan itu berbeza-beza bagi setiap manusia - sungguhpun sebenarnya ia memiliki satu makna & erti khas yang menyeluruh (شامل) & sempurna (كامل) yang telah ditetapkan oleh Penciptanya -, maka ia telah menyebabkan setiap manusia melafazkan NIAT yang berbeza-beza demi mencapainya.

Sehingga NIAT itu terkesan dalam hatinya, lalu tumbuhlah satu KEHENDAK yang mendorong satu perancangan penuh KEAZAMAN sebagai langkah merealisasikannya. Maka dengan perancangan KEAZAMAN itulah setiap manusia beKERJA dengan KESUNGGUHAN yang mereka perlukan.

...

Jumaat, 20 November 2009

penyulingan kehidupan


penyulingan adalah suatu metode pemisahan bahan kimia berdasarkan perbedaan kecepatan atau kemudahan menguap (volatilitas) bahan. Dalam penyulingan, campuran zat dididihkan sehingga menguap, dan uap ini kemudian didinginkan kembali ke dalam bentuk cairan. Zat yang memiliki titik didih lebih rendah akan menguap lebih dulu.
[http://id.wikipedia.org/wiki/Penyulingan]

Pembahasaan & Pengistilahan

Kebanyakan kita bertanyakan tentang cara mengIKLASkan NIAT. Namun kita tersilap faham bahawa IKLAS hanya pada NIAT. Betul NIAT mesti IKHLAS. Cuma tidak betul IKHLAS hanya pada NIAT.

Yang sepatutnya adalah mengIKHLASkan -setiap aktiviti- kehidupan (Setiap pekerjaan, perbuatan, tingkah laku ... Seperti makan, minum, berpakaian, mandi, dll) dan betul antara noktah penting dalam mengIKHLASkan kehidupan adalah dengan mengIKHLASkan NIAT.


IKHLAS dalam Bahasa Melayu bermaksud bersih, suci, solid ... Maka secara istilahnya mengIKHLASkan kehidupan adalah membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya satu unsur dan memisahkannya dari unsur-unsur yang tidak sepatutnya.

Proses membersihkan, menyucikan, mensolidkan ... dan memisahkan satu unsur dari unsur-unsur lain yang tidak diingini disebut sebagai proses PENYULINGAN. Begitulah proses mengIKHLASkan kehidupan ini boleh dapat kita fahami dengan membandingkannya dengan proses PENYULINGAN.


Hipotesis

PENYULINGAN air paip adalah proses membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... unsur air (H2O) dari unsur-unsur lain yang tidak diingini seperti karat, klorin, tanah, pasir, bakteria, dll. Lalu yang terkumpul hanyalah unsur H2O.

PENYULINGAN (baca pengIKHLASan) kehidupan adalah proses membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dari unsur-unsur lain yang tidak diingini seperti SYIRIK, riya, takabbur, bongkak, kehendak keduniaan, kepentingan peribadi, dll. Lalu yang terkumpul hanyalah unsur ALLAH.


Proses

PengIKHLASan (baca PENYULINGAN) kehidupan adalah proses menyandarkannya hanya kepada ALLAH. Proses ini dilakukan dengan mengambil semua Kata Sendi (Bahasa Arab: Harfu al-Jar; حرف الجر) dan menyandarkannya hanya kepada -nama- ALLAH.

1- (من); DARI; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya mendapatkannya dari ALLAH sahaja, dengan hanya mengambilnya dari ALLAH sahaja, dengan hanya perintah dari ALLAH sahaja, dengan hanya ... dari ALLAH sahaja.

2- (عن); TENTANG; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya menceritakan tentang ALLAH sahaja, dengan hanya membicarakan tentang ALLAH sahaja, dengan hanya memberitakan tentang ALLAH sahaja, dengan hanya ... tentang ALLAH sahaja.

3- (على); ATAS / KE ATAS; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya bertawakkal atas / ke atas ALLAH sahaja, dengan penghasilannya hanya atas / ke atas Allah sahaja, dengan hanya menyerahkannya atas / ke atas ALLAH sahaja, dengan hanya ... atas / ke atas ALLAH sahaja.

4- (في); DI / DI DALAM; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya menlaksanakannya Di Jalan ALLAH sahaja, dengan hanya memartabatkan ALLAH sahaja, dengan hanya mengagungkan ALLAH sahaja, dengan hanya ... di / di dalam -Jalan- ALLAH sahaja.

5- (ب); DENGAN; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya menurut cara ALLAH sahaja, dengan hanya menurut kaedah ALLAH sahaja, dengan hanya menurut jalan ALLAH sahaja, dengan hanya menurut ... ALLAH sahaja.

6- (ل); UNTUK; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan hanya untuk ALLAH sahaja, hanya untuk kepentingan ALLAH sahaja, hanya untuk faedah ALLAH sahaja, hanya untuk ... ALLAH sahaja. [Di sinilah datangnya NIAT yang IKHLAS]

7- (ك); SEPERTI; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan seperti yang akan ALLAH laksanakan, sesuai dengan sifat ALLAH, sebagaimana disiplin ALLAH ...

8- (مع); BERSAMA; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan merasakan kebersamaan ALLAH, dengan merasakan muraqabatuLLAH, dengan penuh khusyu', tawadu', bersungguh-sungguh, ...

9- (إلى); KEPADA; membersihkan, mensucikan, mensolidkan ... kehidupan dengan hanya menujukannya kepada ALLAH sahaja, dengan hanya bermatlamatkan kepada ALLAH sahaja, dengan hanya menjalankannya kepada ALLAH sahaja, dengan hanya ... kepada ALLAH sahaja.

...


Ralat Syirik

Satu cecair yang yang bercampur (baca SYIRIK; lawan kata IKHLAS) akan mengakibatkan RALAT. RALAT akan menyebabkan proses tindakan kimia cecair tersebut tergendala, lambat, lembab, gagal, tersilap, salah ... RALAT akan menyebabkan pengkaji resah, gelisah, geram, bengang, marah, sakit kepala, sakit hati ...

Kehidupan yang SYIRIK (baca bercampur) akan mengakibatkan RALAT. RALAT akan menyebabkan kehidupan (manusia umumnya, kita antara mereka) tergendala, lambat, lembab, gagal, tersilap, salah ... RALAT akan menyebabkan kehidupan tidak aman, tidak selamat, tidak tenteram, tidak selesa, tidak aman, tidak bahagia ...


Keputusan; PengIKHLASan = Penyulingan

Oleh itu cecair itu perlu dibersihkan, disucikan, disolidkan ... dari unsur-unsur lain terlebih dahulu. Setelah itu proses tindakan kimia cecair tersebut akan berjalan lancar, mulus, laju ... dan menjadikan pengkaji riang, gembira, suka, aman, bahagia, tenteram, selesa ...

Begitu juga kehidupan perlu dibersihkan, disucikan, disolidkan ... dari unsur-unsur lain terlebih dahulu. Setelah itu proses (baca aktiviti) kehidupan akan berjalan lancar, mulus, laju ... dan menjadikan manusia (umumnya dan kita antara mereka) hidup riang, gembira, suka, selesa, aman, bahagia, tenteram, selesa ...


Slogan

Setelah kehidupan diSULING (baca diIKHLASkan), kita akan mendapati 5 slogan berikut ini menjadi moto kehidupan kita:

الله غايتنا
الرسول قدوتنا
القرآن دستورنا
الخهاد سبيلنا
الموت في سبيل الله أسما أمانينا


Hanya ALLAH matlamat kami
Hanya Rasul contoh teladan kami
Hanya Al-Quran perlembagaan kami
Hanya Jihad jalan kami
Hanya Mati di Jalan ALLAH cita-cita tertinggi kami

Ahad, 23 Ogos 2009

Ramadhan Track - 1st Stage

Kedatangan Ramadhan membawa 1430 makna bg setiap setiap orang beriman.

Makna paling berharga adalah RahmatNya.


Rahmat Harapan

Kita sentiasa mengharap Rahmat dariNya agar menerima kita yang lemah, yang sentiasa membuat dosa ...
Maka Dia memberi kita Ramadhan.

Kita sentiasa mengharap Rahmat dariNya agar memberi peluang untuk kita beramal lebih banyak, agar Dia memberi peluang untuk kita beramal lebih lama, agar Dia memberi peluang untuk kita beramal lebih smart ...
Maka Dia memberi kita Ramadhan.

Kita sentiasa mengharap Rahmat dariNya agar melipatgandakan ganjaran amal kita, buat sikit dapat banyak ...
Maka Dia memberi kita Ramadhan.

Kita sentiasa mengharap Rahmat dariNya agar memberi peluang hingga masa yang sesuai untuk beramal ...
Maka Dia memberi kita Ramadhan.

Kita sentiasa mengharap Rahmat dariNya agar memberi kita kehidupan yang baik, aman, damai, tenang, bahagia ...
Maka Dia memberi kita Ramadhan.

Kita sentiasa mengharap Rahmat dariNya ...
Maka Dia memberi kita ...


Rahmat Yang Dilupai

Tapi kita lupa dengan sifat Rahmat dalam diri kita,
Tapi kita lupa dengan sifat Rahmat yang Dia bekalkan kepada kita,
Tapi kita lupa dengan sifat Rahmat yang Dia fitrahkan untuk kita,
Tapi kita lupa dengan sifat Rahmat yang Dia suka, sayang, cintakan untuk kita,
Tapi kita lupa dengan ...

Hingga kita lupa untuk bersifat Rahmat dalam tindakan, tingkah laku, adab, tatasusila, budaya, akhlak kita,
Hingga kita lupa untuk memberikan Rahmat kepada semua,
Hingga kita lupa untuk menyebarkan Rahmat kepada semua,
Hingga kita lupa untuk mengajarkan Rahmat kepada semua,
Hingga kita lupa untuk mendidikkan Rahmat kepada semua,
Hingga kita lupa untuk merealisasikan Rahmat dalam kehidupan ini,
Hingga kita lupa ...


Rahmat Impian Semesta

Dunai Rahmat menjadi kepercayaan semua,
Dunai Rahmat menjadi keyakinan semua,
Dunai Rahmat menjadi keimanan semua,

Dunai Rahmat menjadi harapan semua,
Dunia Rahmat menjadi anganan semua,
Dunia Rahmat menjadi mimpian semua,
Dunia Rahmat menjadi igauan semua,
Dunia Rahmat menjadi impian semua,
Dunia Rahmat menjadi cita-cita semua,
Dunai Rahmat menjadi tujuan semua,
Dunai Rahmat menjadi objektif semua,
Dunai Rahmat menjadi visi semua,
Dunai Rahmat menjadi misi semua,
Dunai Rahmat menjadi niat semua,
Dunai Rahmat menjadi zikir semua,
Dunai Rahmat menjadi fikiran semua,
Dunai Rahmat menjadi kerja semua,
Dunai Rahmat menjadi amal semua,

Dunai Rahmat menjadi keinginan semua,
Dunai Rahmat menjadi kemahuan semua,
Dunai Rahmat menjadi kehendak semua,
Dunai Rahmat menjadi keazaman semua,
Dunai Rahmat menjadi tekad semua,
Dunai Rahmat menjadi kesungguhan semua,

Dunai Rahmat ... Dunia Impian ...

[Al-Furqan (25): 63 - 77]